Realiti tentang sistem budaya dan ugama di Malaysia

Realiti tentang sistem budaya dan ugama di Malaysia .

Realiti tentang sistem budaya dan ugama di Malaysia - Apabila kita membincangkan mengenai sosial tidak dapat tidak kita harus memikirkan mengenai perpaduan. Memandangkan komposisi masyarakat Malaysia terdiri dari berbilang kaum dengan peratusan yang banyak misalnya penduduk Melayu berjumlah 60%, Cina 30%, India 8% maka perpaduan menjadi sangat penting. Dari segi ugama juga perbezaan ugama adalah banyak juga dengan peratus yang besar.

Statistic tahun 1998
Islam 53%

Bhudda 17%

Confusius/Toa 11.6%

Kristian 7%

Hindu 7%

lain lain 4.5%
Dimana kita tidak boleh menyentuh sensitiviti kaum lain apabila kita membincangkan hal hal ugama. Walaupun rakyat orang melayu memang tidak suka menyentuh hal ugama kaum lain mereka nampaknya tidak sensitif untuk menegur kesalahan ugama orang orang yang sama ugama. Misalnya parti pas bebas mengutuk orang umno yang juga beragama Islam. 

Saya tidak menyatakan perkara ini salah kerana fungsi ugama ialah untuk membaiki masyarakat, membimbing manusia agar menjalani hidup dengan baik di dunia hingga akhirat. Begitu juga tujuan ugama lain selain Islam. Satu perkara asas yang rakyat Malaysia patut sedari ialah jika orang Islam mahu orang bukan Islam di Malaysia baik dan bagi mereka yang berfikiran waras ini lah sepatutnya mereka inginkan maka mereka harus melakukan dua perkara.

Pertama mereka harus berdakwah kepada orang bukan Islam supaya masuk ugama Islam dan jika tidak berjaya maka perkara kedua yang mereka harus lakukan ialah jangan menghalang usaha badan ugama lain itu menjalankan aktiviti ketua ugama mereka mendidik masyarakat mereka dalam ugama masing masing sama ada Bhudda atau Kristian. Tetapi di sini saya melihat mereka bahkan memarahi kerajaan umno membiarkan pihak ugama lain mendirikan gereja atau rumah ibadat mereka. 

Soalan saya adakah mereka mahu pihak lain itu tidak kuat ugama. Jika pihak lain itu tidak kuat ugama maka mereka lebih senang menjadi jahat dan akan menyusahkan orang Islam sendiri. Perkara ini sangat penting disedari. Orang Islam tidak harus curiga dengan ajaran ugama Bhudda atau Kristian ini kerana kitab ugama ini datang lebih awal dari Islam dan kerana itu tidak ada ayat ayat yang mengutuk orang Islam atau arahan memerangi orang Islam di dalam kitab kedua dua ugama ini. 

Oleh itu jika mereka membenci orang Islam ini adalah kerana ajaran ketua ugama mereka dan bukannya ajaran asas ugama mereka. Bahkan kedatangan ugama Islam ialah untuk membaiki ugama kristian, yahudi kerana semua ugama yang datang sebelum Muhammad. Terdapat dua sistem pemerintahan terbesar di dunia ini iaitu sistem pemerintahan yang besar didunia sekarang ini iaitu sistem komunis - diktator dan dan sistem kapitalis - liberal. Sementara sistem komunis itu anti ugama, sistem kapitalis juga adalah anti ugama sacara tidak langsung. 

Sistem kapitalis tidak begitu membantu ugama kerana sistemnya. Dimana kerajaannya lemah dan aktiviti masyarakat banyak dijalankan oleh sistem pasaran bebas dimana segala-galanya bergantung kapada permintaan masyarakat. Dinegera negera yang mengamalkan sistem kapitalis kebanyakannya adalah juga liberal secular dimana ilmu ugama tidak diajar disekolah sekolah dan keduanya rumah ibadat dan institusi ugama tidak dibiayai oleh kerajaan. 

Aktiviti ugama mereka kebanyakkannya dibiayai oleh derma orang ramai dan geran dari kerajaan. Oleh kerana semuanya bergantung kapada rakyat maka secara automatik permintaan menjadi kurang. Dimalaysia didapati kerajaan masih kuat dan peruntukan untuk institusi ugama masih kuat. Misalnya pelajaran ugama masih diajar di sekolah sekolah dan pembinaan masjid dan institusi ugama masih besar oleh itu malaysia tidak dapat dikatakan mengamalkan sistem sekular.

Keadaan hidup dizaman moden juga secara tak langsung menyumbang kapada kelemahan ugama . Ini terjadi kerana dalam usaha memeberi pekerjaan kapada rakyat maka hidup orang biasa selepas habis kerja sentiasa diburu oleh perniagaan agar melanggani perniagaan mereka. Misalnya TV astro, internet, TV, radio, computer game, radio dan industri music. Ini menyebabkan perlu terdapat usaha meringkaskan pelajaran ugama untuk orang orang yang bukan aliran ugama. 

Ini perlu kerana kita tidak punya banyak masa terluang. Tentang hasrat mereka untuk menjalankan hukum Islam di Malaysia perkara itu tidak perlu menjadi kehairanan kepada kita kerana ada banyak lagi negara yang mempunyai penduduk majoriti Islam tidak menjalankan hukum hudud bahkan dinegara yang mempunyai 80% penduduk beragama Islam sekalipun seperti Indonesia. Kalau di banding kan dinegara India sekali pun negara Islam Malaysia adalah lebih kecil misalnya hanya 60% dari penduduk Malaysia beragama Islam dalam lingkungan 14 juta orang sedangkan India mempunyai 150 juta orang Islam dan tidak dapat menjalankan hukum hudud.

Bagi membaiki keadaan, saya cadang kan pelajaran tasauf atau sufi harus diajarkan kepada semua penuntut ugama Islam yang bakal menjadi ustaz. Mereka boleh menggunakan kitab karangan syeikh Abd. kadir Jailani. Kemudian terpulang kepada mereka tentang ajaran mereka kerana orang awam tidak banyak masa belajar al-Quran dan hadis dan selalu bergantung kepada ustaz ustaz ini. 

Ada banyak ayat ayat Quran yang tidak diketahui dan diingati oleh orang awam tetapi ustaz parti pas hanya memilih ayat ayat yang akan menyokong hujah mereka dan bagi mereka yang sederhana ada banyak juga ayat yang menjadi hujah mereka. Kita patut bersyukur kerana lahir di Malaysia yang aman dan makmur.
LihatTutupKomentar