Parti PAS Melayu

Parti PAS Melayu

Kenapa saya tidak sokong parti PAS 

Umat islam di timpa banyak masaalah atau bencana sejak 13 tahun yang lalu bermula dengan perang teluk pada tahun 1990 dan perang di Bosnia hinggalah kehari ini terutama selepas 11 sept 2001.  Kekalahan bukan sahaja berlaku di Iraq tetapi juga di Aghfanisan dan Palestin. 

Adakah ianya berlaku disebabkan samaada kerana hukum sebab akibat (sejarah) ataukah kerana sikap (sikap semula jadi bangsa tertentu) mereka atau kerana pemahaman terhadap ugama mereka? Bagi saya semua sebab diatas menjadi sebab dan bukan oleh cara pemahaman mereka terhadap ugama semata mata.

Namun saya ada satu pemahaman tentang kenapa tuhan menjadikan manusia di dunia dengan berlainan warna kulit, bentuk badan dan raut muka, bahasa, budaya dan meletakkan mereka jauh diantara satu sama lain dizaman dahulu dan menyebabkan mereka sangat berbeza diantara satu sama lain. Ada satu ayat yang menerangkan tujuannya dan sebab perbezaan ini.

Bagaimana dengan ayat ini, ayat ini memang susah di tafsirkan kecuali dengan jalan tasauf dan ianya bukan hadis tetapi ayat Quran.
" Ketahui lah bahawa manusia pada mulanya tidak memeluk melainkan ugama yang satu yakni ugama Allah (Islam). Kemudian dengan sebab mengikut hawa nafsu dan hasutan syaitan, mereka berselisih ." Surah Yunus ayat 19. 

 

Dari segi falsafah sebabnya adalah seperti berikut : 

Manusia bukanlah terlalu bagus, dia tidak akan berupaya memimpin terlalu ramai orang. Manusia juga sengaja dijadikan supaya suka pada orang yang sama dengan mereka - sebab itulah mereka di jadikan berbeza beza dan dijadikan berkelompok. 

Walaupun sama dari segi bangsa, bahasa, budaya, ugama tetapi jika berbeza dari segi pendapat mereka boleh bergaduh. Dizaman dahulu manusia memang sedikit, sekarang manusia terlalu ramai. Sekarang kita lihat kebijaksanaan Allah menjadikan manusia berbeza. Namun perbezaan ini tidak bermaana mereka tidak boleh bersatu dari segi perkara asas dan untuk kepentingan bersama. 

Sekarang disebabkan oleh ekonomi rakyat negara Eropah telah bersatu dibawah Europe union yang tidak perlukan pemeriksaan imigration ketika mereka melintasi sempadan yang penting mereka miliki ialah kad pengenalan dan passport.

Apabila kita menghadapi masaalah kita pun mengkaji , dan dengan kesedaran tiap tiap kelompok manusia yang berbeza itu memerlukan pemimpin karangan ini dibuat. Memang Islam boleh menyelesaikan masaalah manusia, tetapi Islam yang difahami secara terbuku dengan membuka hati kapada Ilmu Allah yang sentiasa turun, bukan dengan slogan dan hati tertutup .

1. Parti PAS adalah parti politik yang berasal dari parti yang sama berjuang untuk kemerdekaan dan sekarang terperangkap dan mempergunakan ugama Islam untuk kepentingan politik.


Buktinya :

Dari ceramah dan tulisan mereka kelihatan mereka ingin menjadi parti pemimpin menggantikan parti UMNO di dalam barisan Nasional tetapi mereka sangat sedar bahawa mereka tidak akan berjaya di negeri pantai barat seperti Selangor, negeri sembilan melaka, p. pinang, johor dan perak dan juga peluang yang tipis di negeri kedah dan pahang kecuali mereka mendapat sokongan undi orang bukan Islam iaitu kaum Cina dan India. 

Tetapi di dalam ceramah ceramah mereka kalau anda mendengarnya se olah olah di Malaysia ini semuanya orang Islam cuma terbahagi kepada dua iaitu orang yang sokong PAS dan orang yang tidak menyokongnya, mereka menuduh orang UMNO sesat tetapi orang yang di istilah kafir di sekeliling mereka iaitu orang bukan Islam iaitu India dan Cina tidak pula mereka memusuhi nya bahkan boleh bersatu pula di dalam barisan pembangkang. 

Jika begitu sepatutnya di dalam ceramah mereka tidak menyebut soal ugama hanya kepincangan parti pemerintah. Mereka tidak berusaha mengislamkan orang Cina dan India bahkan mengurangkan yang cuba menjadi orang baik dan islam. Anda sendiri dapat mengagak berapa ramaikah orang cina yang telah memegang ugama kristian dari nama nama mereka bila tuan berjumpa mereka. 

Alangkah baiknya jika ramai orang cina masuk islam, tetapi pegangan PAS kapada hukum syariat yang terlalu ketat dan sikap perkauman orang PAS mengurangkan keinginan orang bukan melayu masuk islam.

2. Parti politik seperti PAS adalah masih baru di dalam sejarah. 

Mereka berkuasa hasil dari system demokarasi yang mereka tuduh datang dari barat. Selepas kewafatan nabi Muhammad dan khalifah yang empat negara Islam diperintah kembali dengan sistem beraja dari bani umayyah dan abasiah yang mana selepas zaman bani abasiah dan umayyah ini negara negara di seluruh dunia termasuk ugama Islam diperintah oleh sistem beraja yang disambung oleh keturunan mereka dan ia nya berlaku selama 1200 tahun - satu tempoh masa yang panjang. 

Iaitu hanya 200 tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.  Adakah Allah tidak mentadbir dunia ini selama itu? bahkan Allah terus mentadbir alam ini berdasarkan ayat Kursi. Umur parti pas dan sistem mereka hanya 50 tahun iaitu selepas perang dunia kedua. Oleh kerana ia nya masih baru ia boleh mengalami perubahan. Slogan mereka ialah ulama memerintah negara adalah perkara baru. 

Negara yang diperintah oleh ulama didunia sekarang ialah Iran itu pun telah goyang sekarang di bangkang oleh gerakan pembaharuan disebabkan oleh sikap melampau pemerintah dalam memahami syariat. Satu negara lagi iaitu Aghfanistan yang telah pun kalah dan tidak ditolong oleh Allah disebabkan mereka tidak memahami ajaran islam yang sebenar dan melampau didalam ajaran syariat. 

Didalam sejarah selama 1200 ulama hanya menjadi penasihat kerajaan atau hanya menjadi jentera kerajaan mentadbir hal ehwal orang Islam. Jika pendapat mereka dipakai semua ulama yang hidup 1200 tahun sebelum ini berdosa kerana tidak memerintah negara. Sekarang adakah ada sangka negara Arab saudi akan mengamalkan sistem demokrasi mengantikan sisem beraja? 

Saya rasa tidak setelah mereka melihat akibat buruk dari sistem demokrasi. Sedangkan negara kita terpaksa mengikut sistem demokrasi kerana orang bukan melayu dan bukan islam mahukan sistem itu dan kita mengakui beberapa kebaikannya.

3. Orang Melayu Islam di Malaysia sangat bergantung kepada kerajaan yang kuat kerana kelemahan mereka menguasai ekonomi pasaran bebas iaitu kapitalis. Tetapi kini PAS dan parti ADIL telah membahayakan masa depan orang Melayu kerana :

a ) Pertama sekira separuh dari wakil rakyat itu terdiri dari pembangkang pentadbiran negara menjadi lebih susah kerana ahli politik Malaysia tidak profesional tidak seperti anggota parti republik dan demokratik di Amerika. Sebagai pembangkang tidak semestinya kerja mereka hanya membangkang sahaja nanti sekiranya ada rancangan kerajaan untuk kebaikan orang Melayu akan tertolak oleh kebodohan mereka. Diparlimen terlihat asyik membangkang sahaja tak ada satu pun yang dipersetujui.

b ) Kedua mereka menyatakan mereka bencikan kronisme atau lebih tepat kapitalis tetapi mereka tidak menyokong pula sistem sosialis yang dianjurkan oleh PRM. Lebih lebih lagi parti PAS yang kolot dan takut dengan perkataan. Oleh itu apa yang akan berlaku? Saya memandang ini kes merebut harta. Anda boleh merebut harta tetapi jika memburukkan masa depan orang Melayu kita terpaksa tolak. Kami tahu orang yang kaya akan tetap sedikit lebih lebih lagi di dalam sistem kapitalis moden di mana syarikat perlu semakin besar untuk terus hidup. Kebanyakan rakyat akan hidup miskin atau sederhana . Keadaan ini berlaku seluruh dunia dari zaman dahulu sampai sekarang. Kecuali mereka tukar sistem kapitalis kini kapada sosialis tetapi ini tidak akan berlaku kapada negeri seperti Malaysia.

4. Perjuangan parti Pas dan ADIL 

Perjuangan parti pas dan adil adalah perjuangan individu di mana selalu terlihat mereka asyik mengutuk mahathir se olah olah mahathir itu Jin, tidak berak dan tidur dan terlalu berkuasa. Mereka sepatutnya tahu untuk mentadbir sebuah pertubuhan yang kecil pun tak cukup masa dan sibuk ini kan pula mentadbir sebuah negara yang mempunyai rakyat yang berbagai kaum dan ugama. 

Orang UMNO memang bernasib malang dihimpit oleh dua golongan iaitu extremist cina yang mengunakan semangat perkauman yang semulajadi dan extremist melayu yang menggunakan ugama. Mereka lebih banyak mengutuk Mahathir kemudian barulah UMNO dan paling sedikit jentera kerajaan dalam usaha mereka memancing undi.  

Anggota jentera kerajaan pula tidak matang dengan menganggap jentera kerajaan seperti sebuah syarikat dengan mahathir sebagai tuan punya syarikat. Padahal mereka harus sedar tidak semua orang Melayu dapat bekerja dengan kerajaan dan mereka ini pula harus dibela juga oleh umno pemerintah kerajaan. Soal nya sekiranya mahathir letak jawatan atau mati habis kah perjuangan mereka menentang mahathir? 

Mereka menyatakan bahawa Mahathir takut jumlah harta nya terbongkar. Mereka mereka ini yang ada pengetahuan ugama harus tahu bahawa semua harta di dunia ini milik Tuhan dan akan diwarisi oleh manusia yang dihidupkan oleh Tuhan iaitu anak anda dan cucu anda. Adakah kah anda risau tentang hak milik di atas kertas? 

Di dunia ini ada beratus ratus lagi jutawan yang harta mereka juga ditulis di atas kertas tetapi tetapi syarikat mereka berada di serata dunia dan ada beribu ribu orang bekerja di atas nya dan sistem komunis yang anda benci itu tidak dapat menghapuskan tauke tauke kapitalis yang anak anda bekerja dengan mereka.

5. Pemimpin pemimpin parti Pas 

Pemimpin pemimpin parti pas adalah seumpama Taliban di Aghfanistan mereka juga penutup pintu ilmu. Menggunakan ilmu yang dijumpai orang lain dan tidak bersyukur kapada Allah dengan tidak berterima kasih kapada ramai ahli sains dan teknologi yang telah berjasa. Dengan penduduk minoriti bukan Islam nya besar peperangan antara kaum tidak mustahil berlaku walaupun majoriti tentera nya adalah orang Melayu. 

Saya telah mengarahkan mereka berdamai dan ketua ugama masing masing berusaha berdakwah kepada penganut masing kerana negeri yang kuat ugama lebih baik dari sebuah negara hanya sebuah ugama sahaja yang dominan. Pemimpin Pas kurang berpengetahuan di bidang Ilmu tasauf seperti ajaran syeikh abd kadir jailani atau jalaludin rumi. 

Sikap kasar pemimpin Pas kapada penganut Islam penyokong umno mencurigakan orang orang bukan Islam kapada parti Pas. Saya ingatkan bahawa negara kita tidak selamat dari bahaya perang dimasa depan.

6. Parti pas adalah parti relatif yang perjuangan nya juga relatif. 

Parti pas adalah parti relatif yang perjuangan nya juga relatif.  Di India terdapat banyak pertubuhan gerakan Islam atau dakwah Islam di sana ada 150 juta orang Islam tetapi hukum hudud tidak pula dijalankan dan orang Islam di sana tidak berdosa kerana Tuhan maha mengetahui .Ini juga berlaku di Indonesia. Kerana tujuan mereka politik maka untuk mereka akan sentiasa meminta kerajaan pemerintah membuat sesuatu yang dia tahu sukar dibuat.

7. Anggota parti Umno harus menentang parti PAS 

Anggota parti Umno harus menentang parti PAS dengan menggunakan Al Quran juga kerna terdapat banyak ayat yang menjadi hujah pihak pemerintah seperti Umno tetapi tidak disebutkan oleh ahli pas di dalam ceramah politik mereka atau tidak digunakan oleh orang UMNO.

8. Orang Melayu terlalu berharap kapada politik untuk perubahan padalah wakil rakyat tidaklah terlalu berkuasa seperti yang mereka sangkakan.

LihatTutupKomentar